Monday, May 29, 2017

My Aleef Iskandar Bin Noor Azam

Assalamualaikum bloggersss..

Hujung 2016 dan awal tahun 2017 mama Iskandar busy sangat. Busy apa pun mama Iskandar xtahu macam mana nak diceritakan. But just abaikan then now mama Iskandar akan merajinkan diri berblogger semula ok.

Alhamdulillah November 2016 Aleef Iskandar, my first baby boy menamatkan pembelajaran 4Tahun dia di PAPN, Bercham dan bergraduasi dengan jayanya ;).









Bergraduasi tahun akhir di PAPN Bercham, now Aleef Iskandar menyambung pembelajaran di sekolah baru. Ok sekolah anak-anak semua mama Iskandar yang decide then papa Iskandar menyokong kuat dari belakang sahaja. ;)

Now Aleef Iskandar menyambung pembelajaran di Tadika Cina, Tadika Chan Meng Khor, Bercham. Mama Iskandar just harap, Aleef Iskandar kesayangan mama & papa boleh berjaya kelak baik di dunia dan di akhirat.









Ok sekian dari mama Iskandar. Assalamualaikum dan semoga awak-awak semua berada dalam rahmat Nya  :)



Ya Allah , haramkan wajah kedua-dua ibu bapaku, wajah kedua-dua ibu bapa mertuaku dari disimbah api neraka. Kurniakan buat mereka syurga tanpa hisab. 


 Ya Allah peliharalah anak-anakku selama ia berada diatas muka bumi ini dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah anak-anakku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, mudahkanlah perjalanan dalam kehidupannya,murahkanlah rezekinya. Ya Allah jadikanlah anak-anakku sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

No comments:

Post a Comment