Sunday, April 13, 2014

Anak Lahir 1 January Bersekolah Setahun Awal

#Assalamualaikum & Selamat Pagi


Okies. Entry kali nie berkaitan dengan anak-anak yang bakal menjejak kan kaki ke sekolah rendah.

Seperti yang kita ketahui apabila anak memasuki 7tahun, jadi anak-anak akan berada di Darjah 1. Untuk makluman, ibubapa perlu mendaftar kan kemasukan anak mereka dua tahun awal iaitu dari awal tahun sebelum sehingga 31 Mac di sekolah yang mahu dimasukkan. Ini bermakna ketika anak-anak berumur 5tahun kita perlu mendaftar kan persekolahan mereka.

Aleef Iskandar  :  10 July 2012
Farish Iskandar :  01 January 2014

Fokus sebenar entry nie pada anak-anak yang di lahir pada awal tahun a.k.a "BABY NEW YEAR" iaitu yang dilahir kan pada  1 January . Memandang kan putera kedua saya di lahir kan pada tarikh tersebut, jadi elok lah saya share kan info ini untuk mereka yang mungkin tidak mengetahui perkara berkaitan.

Farish Iskandar, di lahir kan pada 1 January 2014. Ramai yang cakap beruntung dia dapat date nie! So, dalam kelas nanti dia la paling tua.. Ye kan?? Tetapi anda salah, mungkin ramai yang tidak ketahui kerana mungkin tidak ada anak, saudara mara atau rakan-rakan yang di lahir kan pada 1 January.

Untuk makluman anda mereka yang lahir pada 1 January akan bersekolah setahun lebih awal. Ini telah termaktub di dalam pekeliling. Actually saya pun terkejut bila mengetahui nya. Ingat kan bila si abang ( Aleef Iskandar ) Darjah 3, si adik ( Farish Iskandar) Darjah 1. Al maklum la si adik pergi lahir 1 January! Tetapi hakikat nya, mengikut pekeliling anak-anak yang lahir pada 1 January adalah anak-anak yang paling muda di dalam kelas!

** Okay nie schedule pendaftaran anak-anak mengikut kelahiran anak-anak untuk ke tahun 1 bermula dari ia berkuat kuasa sejak 2004. Dah lama di jalan kan, tapi baru saya tahu huhuhu. Itu pun nyaris la tahu awal-awal. Kalau tak, tak pasal-pasal missed 1 year school kan. Tanya hubby dia pun x tahu. Bila cerita dia pun terkejut! 

** Dalam borang pendaftaran ada juga memberitahu pada ibubapa yang ingin memasuki anak mereka yang di lahir kan dari 2 January - 15 January juga berkelayakan dan boleh di pertimbang kan untuk di masukkan awal ke tahun 1 dengan syarat-syarat ( ada temuduga ) . Tapi yang pasti nya anak-anak yang dilahir kan pada 1 January adalah terpaksa bersekolah setahun awal. Sob..sobbb..sobb! 

Ouchhhhhhhhhhhhhhhhh.. so, jadi nya bila si abang Darjah 3, si adik pula Darjah 2. Kesian nya Farish Iskandar mama nie. Setahun zaman kecil & zaman main nya di rampas dek kerana di lahir kan pada 1 January.










**** Farish Iskandar bakal mengambil SPM di usia nya 16 tahun! Semoga anak mama jadi anak yang pandai ye.. :))




13 comments:

  1. Xper awl sikit mama. Rezeki Farish. Hehe.

    ReplyDelete
  2. If die lahir 2013 xpala.. nie 2014.. xphm btoi.. hhuuuwaaaaaa..

    ReplyDelete
  3. Salam, hai..hensemnya anak2 kamuuu..ehh kita pon tak tahu psl yg anak lahir 1 Januari kena masuk darjah 1 awal. Tu terbaca blog awk, baru lah tahu..

    anak kita pon lahir 1 Jan 2014 jugak :-D

    ReplyDelete
  4. anak saya lahir 1.1.2007. darjah 4 tahun 2016. hairan apa relevan nya pihak pendidikan mensyaratkan yg lahir 1.1 satu kelas bersama rakan2 yg lahir tahun sebelum tu. kesian masa setahun kanak2 mereka diawalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah awk..boleh ke kita tolak?

      Delete
    2. tulah awk..boleh ke kita tolak?

      Delete
    3. xboleh.. tue syarat2 kemasukan memg kna ikut tarikh lahir yg telah di tetap kan..

      Delete
    4. Anak saya yg sulung 12 januari 2005 yg no.2 26 disember 2005.masa nk daftar sekolah kerani ada bgtau si kakak boleh sekolah awal sebab lahir sebelum 15 jan.kami pon mmg sdia maklum ttg tu.kena ke jpn untuk temuduga kelayakan.tp sy dan suami buat keputusan x mahu bg sekolah awal sebab mmg nk bg sama 2 beradik.sekarang ni dah darjah 5 pon.dr drjah 2 duduk sama kelas.tp si adik no. 3 nant plan nk bg skolah awal sbb lahir 6 jan 2012

      Delete
    5. Anak saya yg sulung 12 januari 2005 yg no.2 26 disember 2005.masa nk daftar sekolah kerani ada bgtau si kakak boleh sekolah awal sebab lahir sebelum 15 jan.kami pon mmg sdia maklum ttg tu.kena ke jpn untuk temuduga kelayakan.tp sy dan suami buat keputusan x mahu bg sekolah awal sebab mmg nk bg sama 2 beradik.sekarang ni dah darjah 5 pon.dr drjah 2 duduk sama kelas.tp si adik no. 3 nant plan nk bg skolah awal sbb lahir 6 jan 2012

      Delete
  5. Ini link pekeliling berkaitan perkara ini. http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1320204026.pdf

    ReplyDelete
  6. Apa relevannya dia buat peraturan mcm tu ye..baik ikut thn je..

    ReplyDelete
  7. anak saya lahir 1 januari, boleh ke saya tolak msk sekolah awal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zurina, untuk kelahiran 1 Januari memang xboleh tolak.

      Delete